Dialisis buah pinggang Hemodialisis

Mengikut cara atau kaedah rawatan biasa (allopati), jika buah pinggang rosak teruk dan tidak boleh berfungsi walaupun mengikuti diet khusus, dialisis diperlukan, sama ada terus-menerus atau sehingga penderma buah pinggang ditemui. Satu buah pinggang boleh berfungsi untuk dua tetapi jika kedua-duanya tidak lagi berfungsi, seseorang memerlukan pemindahan buah pinggang atau cara lain untuk menapis darah. Teknologi perubatan allopati hari ini telah mencipta proses dinamakan dialisis yang menapis darah melalui mesin buah pinggang tiruan apabila kedua-dua buah pinggang tidak boleh berfungsi lagi. Pesakit yang mendapat rawatan dialisis dapat meneruskan hidup tetapi aktiviti hidup mereka semakin terbatas. Biasanya pesakit yang sudah menjalani dialisis memerlukan masa sekurang-kurangnya 3 jam untuk membuat satu terapi pembersihan darah dan sekurang-kurangnya dialisis hendaklah dibuat 3 kali dalam seminggu. Rawatan ini mahal, memerlukan banyak masa terluang dan tidak semua pesakit boleh menerimanya. Di pusat-pusat Dialisis Swasta ianya memerlukan sekurang-kurang RM 300 hingga RM 400 untuk sekali membuat dialisis. Untuk satu bulan rawatan dialisis pesakit memerlukan sekurang-kurang RM 1,000.00. Selain itu, masalah yang sering dihadapi adalah anaemia teruk dan pengambilan cecair berlebihan harus disekat.

'Pemindahan buah pinggang

Secara teori, pemindahan buah pinggang nampak begitu mudah dengan mengeluarkan buah pinggang lama dan menggantikan dengan yang baru dan pesakit dapat menikmati kehidupan normal. Namun, jika tubuh pesakit tidak dapat menerima buah pinggang baru, masalah akan timbul. Ini diatasi dengan mencari pesakit dan penderma yang mempunyai kaitan dan ubat diperlukan untuk mengurangkan tindakan balas yang dihadapi tubuh penerima.

Peritoneal dialisis

Melalui peritoneal dialisis, darah dibersihkan di dalam tubuh anda. Doktor anda akan melakukan pembedahan untuk meletakkan sebuah tabung plastik yang disebut katerer ke dalam perut anda. Melalui rawatan cara ini, kawasan perut anda yang disebut rongga peritoneal secara perlahan akan diisi dengan cairan dialisat melalui katerer. Darah akan berada di dalam arteri dan vena yang melapisi rongga peritoneal anda. Cecair yang berlebihan dan juga bahan-bahan yang tidak diperlukan akan ditarik keluar dari darah dan masuk ke dialisat. Ada dua jenis peritoneal dialisis iaitu Continuous Ambulatory Peritoneal Dialysis (CAPD) dan Continuous Cycling Peritoneal Dialysis(CCPD). Continuous Ambulatory Peritoneal Dialysis atau CAPD adalah satu-satunya jenis peritoneal dialisis yang tidak menggunakan mesin. Melalui CAPD, anda boleh melakukannya sendiri di rumah atau di tempat kerja. Selalunya ia dilakukan 4 atau 5 kali sehari. Anda akan meletakkan satu bag dialisat(lebih kurang 2 liter) ke dalam rongga peritoneal anda melalui katerer. Dialisat akan dibiarkan di dalam rongga peritoneal tadi selama 4 atau 5 jam. Kemudian akan dikeringkan kembali ke dalam bag dan dibuang. Ini disebut sebagai bursa atau pertukaran. Anda akan menggunakan 1 bag dialisat yang baru setiap kali melakukan pertukaran. Sementara dialisat dibiarkan di dalam rongga peritoneal, anda boleh melakukan aktiviti harian atau pun kerja anda. Continuos Cycling Peritoneal Dialysis atau CCPD pula biasanya akan dilakukan di rumah dengan menggunakan sebuah mesin khas yang dipanggil sebagai cycler. CCPD adalah sama dengan CAPD cuma berbeza dari jumlah pertukarannya sahaja. Setiap pertukaran biasanya berlangsung selama 1 jam dan pertukaran berlaku sepanjang malam ketika anda sedang tidur.

Vascular access

'Vascular access' kekal ialah saluran darah vena yang mengandungi campuran darah arteri bagi tujuan menyalurkan darah yang mencukupi semasa rawatan hemodialisis. Ia dibuat melalui pembedahan kecil untuk menyambung saluran arteri dengan vena. Penyambungan ini dinamakan 'native AV fistula' (sekiranya saluran darah pesakit sendiri digunakan). Untuk tujuan yang sama bahan sintetik (synthetic graft) boleh digunakan. Mereka yang mengalami kegagalan ginjal yang kronik dinasihatkan membuat persediaan awal untuk menjalani rawatan hemodialisis. Mereka juga dinasihatkan untuk melakukan pembedahan kecil (fistula) tersebut beberapa bulan sebelum rawatan hemodialisis diperlukan. Mereka yang enggan menjalani pembedahan ini menanggung risiko komplikasi jangka pendek atau jangka panjang apabila memulakan rawatan secara mengejut.